Thursday, October 5, 2017

It's been a while...

It's been a while tak hadap blog ni.. it cross my mind bila one of the friend kat FB share her links and I was like... wehh aku ada blog la bersarang kat sana HAHAHAHA

So, luckily ingat password, login and here I am..

Sort of back, delete whatever post yang dedulu yang tak pakai tudung (baru bertudung 3 tahun lepas.. rasanya lah..), post yang "apa aku publish ni?" hahahaha.

So much rubbish and at that time kita tau yang kita grow with that and nasib baik tak jadi orang merepek-repek LOL

At the age of 30, I want to do a lot of things.. a lot. And I'm started my so called party project, online businesses, I'm doing part-time in Coway (selling water and air purifier) and having so much fun with my kiddos (I mean, my cats; Carlos, Tifana, Cimok & Cecik. and yaaa...at that time I'm writing this Cecik is giving birth of 2 kitten! Happy mum!)

So..yah..I've few trips, few photos to upload here soon. Very soon.. Wish me luck!


So much love,
Elly

Saturday, September 21, 2013

Tips Jimat Minyak


Hello...

Semenjak akhir-akhir ni suka pulak Elly nak bagi tips-tips ni. Bukan apa, info & ilmu yang kita dapat rasanya elok kita kongsi! Baru lekat sikit kat kepala & orang lain pun kongsi dengan orang lain jugak!

Okey.. Entri kali ni, elly nak kongsi pasal tips nak jimat minyak! Hehehe mana elly dapat tips ni kan? Ye la, kita bukan pakar kereta pun, apatah lagi engineer! Main ubahsuai kereta pun tidak!


hehehe ini propa je! Lolita kita kecik je, xmuat nak isi banyak mcm ni!


Tapi..... Yes, i do mingle around with people yang obses dengan kereta. Contoh terdekat kawan2 elly yang sayang amat dengan kereta nya melebihi sayang kepada GF atau isteri2 mereka.. Dorang ni pakar kereta. Nak kembang? Nak rendah sampai jejak tar? Nak kuncup? Nak laju? Pikap tiptop? Enjin debush-debush? Name it! Dorang tau! Hewhewhew!!

Ok.. Inilah tips-tips yang korang bole praktikkan! Ok. Kalau ada info baru, elly update lagi.

1. Isi minyak kereta waktu malam. Emmm.. Elly tak sure apa logiknya tapi rasanya ada kena mengena dengan suhu di waktu siang yang panas. Kalau isi minyak waktu siang mungkin kadar meruap tu tinggi, jadi kadar minyak yang masuk kat kereta tu mungkin tak banyak. Emm logik jugak kan?

2. Jangan memandu kereta dengan laju! Obviously la kan, kalau tekan minyak sampai berdiri, harus minyak tu tumbang cepat! So, bawak ikut hadlaju yang ditetapkan ya. Don't drive too slow, don't drive too fast!

3. Off aircond bila menunggu dalam kereta. Yang ni simple. Kalau uollss nak tunggu member yang memang kaki tak punctual ni, baik off aircond, off enjin. Membazir uolls! Tunggu kat petrol pump yang ada 7-eleven atau kedai. Masuk dalam, rasa aircond kat dalam 7-eleven tu je. Kawan tu memang confirm lambat! Dahla bazir masa tunggu dia, jadi jangan bazir minyak k.

4. Seeloknya kalau nak travel jauh, jangan drive waktu siang. Ni pun mungkin ada kaitan dengan yang first tadi tu. minyak senang meruap. travel la waktu malam atau awal pagi. Ye la, kalau petang kang jem la pulak kan! kalau drive malam, jangan lewat sangat pulak & paling penting minum Mineral Coffee, so uolls boleh stay cergas dan terang bijik mata tu!

5. Tolong servis kereta bila sampai waktunya. Ni pun penting. Bila kereta tak servis, minyak memang makan banyak sebab minyak digunakan lebih untuk menggerakkan jentera korang tu. jangan lokek nak servis kereta tau.. Melainkan memang nak buat kereta tu, kereta basahan atau korang memang bole keluar cash untuk beli kereta sebijik!

6. Kurangkan beban dalam kereta. Ok. Yang ni jangan salah anggap tau! Hehehe katakanla makwe or isteri korang jenis chubby2 comel, jangan pulak disuruh keluar kereta! Kejam ok! Maksudnya disini, apa-apa barang yang tak diperlukan dalam kereta tu, silalah letak dalam rumah. Contoh botol2 air yang bukan korang pakai pun, hanger la, kasut la, baju la, benda ni semua letak kat rumah. Kemas kereta tu kasi bersih-sebersihnya. Kan best, kereta bersih, ringan sikit, minyak pun boleh jimat. :-)

7. Lastly, isi minyak penuh terus. Yang ni elly nak terangkan, elly pun tak tau nak cakap macam mana. Tapi, based on eksperimen yang elly buat memang betul. Kalau korang isi minyak sikit2, cepat habis. Contoh, isi rm20. Pergi balik kerja, pastu singgah kedai, singgah pejabat pos, singgah pergi makan, jumpa kawan ke, satu hari da kelip2 da lampu minyak tu. esok isi lagi rm20. Benda sama jadi lagi. Tapi kalau isi rm50, setidak-tidaknya boleh tahan 4 hari! Kalau isi rm20 sehari, kalau 4 hari da rm80. Hahhh nampak tak matematiknya kat situ?

Ok, ni je la setakat ni yang elly tau, yang elly dengar cakap dari orang2 yang tau pasal kereta. So far, elly praktikkan, memang nampak hasilnya. Mungkin korang bole cuba jugak!

Hehe selamat mencuba! Kalau ada apa-apa suggestion atau nak tambah2 yang kurang, maybe korang boleh comment or email elly k!


Salam manis,
Ellyana Isa






- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 13, 2013

Minum Petang di Johor Bahru


Holla holla..! Cerita pasal makan minum yang seronok ni!

Alkisahnya, tadi petang mata ni terbayang-bayang dan terbau-bau putu piring yang memang paling sedap ever sehingga boleh makan sampai muntah! Serius! Da macam tahap mengidam tu, elly pun zoom terus pergi kedai putu piring ni dan beli!




Elly kenal dan makan putu piring ni dari kecik lagi sampai la da remaja bangka ni. Memang terbaik! The best part boleh tengok dorang buat on that time! So, off course uolls akan dapat putu piring yang hot from oven!










Yang buat family Elly dan Elly sendiri memang gila-gila suka makan putu piring ni, dorang memang tak lokek gula melaka! Banyak! Dan tak payah nak request "Bang, gula melaka tu letak lebih eh." Tak payah sebut memang die bagi banyak! Tak percaya?? Tengok ni..




So, kalau uollss yang dari luar Johor, bolehla hello2 Elly. Elly bawak pergi tempat ni atau pun, kalau orang Johor Bahru yang memang tak pernah rasa putu piring ni, uolls boleh ke Larkin. Cari Jalan Langkasuka, sederet dengan Petronas yang dekat dengan Kilang Kicap Kipas Udang (Zara Food). Kedainya adalah kat kawasan rumah tepi jalan besar je. Pastu cari signboard ni:





Selamat minum petang!! Kena cuba tau! Krew jalan-jalan cari makan, harus shoot kat sini tau! Memang terbaikk!!

Selamat mencuba dan selamat mencari kedainya!!



Salam Manis,
Ellyana Isa



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 29, 2013

Tea Time at Delicious, City Square


best!best! best!

hehehe.. belum bagi salam dah cakap best dulu!

holla, assalammualaikum..

entry ni especially untuk orang yang suka explore makanan atau dessert. so, now kat JB a.k.a Johor Bahru City Square, dah ada Delicious!! yummy!! pada pencinta kek, pemanis mulut, pavlova dan pudding bolehla drop-by kat sini. tempat dia sangat cozy, watlek watpis je & relaxing. kalau sampai kat City Square Johor Bahru ni, uolls bole terus ke tingkat 7. Delicious ni exactly sebelah restoran Dapur Kita.

meh elly jamu sikit pic2 yang elly snap dari my iphone je! enjoy dearest!


cantik deconya kan! banyak sarang gitu! hehehe


ini namanya tak ingat! lol! but some of kind tembikai laici blended.



saya tak tipu bila saya kata tempat ni memang cozy!




chocolicious pudding! keknis suka, elly pun suka! hehehe








Sunday, October 7, 2012

Goodnight... Zzz...

Almost 3am.. tak boleh nak tidur.. puas tgk you tube Pentatonix (my favourite search currently!)..
pastu belek FB, pastu jenguk instagram..
hahhh!! forgot to inform that David Teo (ala...owner Metrowealth yg bikin film tuu..) like pic kite kat insta.. hahaha!! rase mcm artis bagai lak ni! LOL
 
hmm da puas on9 bagai tetiba tangan rase nak meng'google' kereta idaman 8thn lepas...
alkisahnye, saya minat giler kete ni after watch Italian Job.
since that day, bagila mercedes ke, BMW ke, honda ke, toyota ke, mazda ke..
mak jemah tak pandang da!!
hanya MINI COOPER! tapi mak ai harganye.. pengsan jap!!!
kalau korg nak tau, inilah mini cooper idaman saya:
 
MINI COOPER S

hahhhhh...comel mcm si tukang berangan ni! LOL!!
one fine day, saya tau saya le pakai kete ni tapi........................... hurmmm....
 
 
ok la uollss... selamat beradu ya!! bace doa tidur and maafkan semua org ok!
 
 

Saturday, October 6, 2012

My Sayang

Sape ade partner-life angkat tangan!!!!
Semua org ade partnerkan. samela mcm kite. oleh disebabkan saya ni bujang trang tang tang, duduk plak sendiri2 je, so mereka2 la peneman hidup saya.. hehehe!!
 

Ini 'anak' sulung kiter. Name die Carlos! gangster x muke die???
Manja tapi ganas giler! LOL


hahhh.. yang 'goldy-goldy' ni name die Kid.. pandai buat muka!
die ni anak Carlos ngan sekor original persian (yang kemek abes muka die tu)!!


ok.. yang ni adik Kid, die ni betina, name die Tifana! tapi yg ni kiter xjaga, kawan kite yg jaga.
tetap sayang die & often jenguk die! walau die kemek tapi die sgt aktif!

Jaga kucing ni seronok! mereka manja dan nakal, cume kurang dgr kata sikitla! haha!!
so, pada yg nga sunyi2 tu, tryla bela kucing..
it can release your tension after work & hectic-life!
lagi pun dapat pahala gak! kucing kan binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w  =)

renung-renung kan.. dan selamat membela!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...