Saturday, September 21, 2013

Tips Jimat Minyak


Hello...

Semenjak akhir-akhir ni suka pulak Elly nak bagi tips-tips ni. Bukan apa, info & ilmu yang kita dapat rasanya elok kita kongsi! Baru lekat sikit kat kepala & orang lain pun kongsi dengan orang lain jugak!

Okey.. Entri kali ni, elly nak kongsi pasal tips nak jimat minyak! Hehehe mana elly dapat tips ni kan? Ye la, kita bukan pakar kereta pun, apatah lagi engineer! Main ubahsuai kereta pun tidak!


hehehe ini propa je! Lolita kita kecik je, xmuat nak isi banyak mcm ni!


Tapi..... Yes, i do mingle around with people yang obses dengan kereta. Contoh terdekat kawan2 elly yang sayang amat dengan kereta nya melebihi sayang kepada GF atau isteri2 mereka.. Dorang ni pakar kereta. Nak kembang? Nak rendah sampai jejak tar? Nak kuncup? Nak laju? Pikap tiptop? Enjin debush-debush? Name it! Dorang tau! Hewhewhew!!

Ok.. Inilah tips-tips yang korang bole praktikkan! Ok. Kalau ada info baru, elly update lagi.

1. Isi minyak kereta waktu malam. Emmm.. Elly tak sure apa logiknya tapi rasanya ada kena mengena dengan suhu di waktu siang yang panas. Kalau isi minyak waktu siang mungkin kadar meruap tu tinggi, jadi kadar minyak yang masuk kat kereta tu mungkin tak banyak. Emm logik jugak kan?

2. Jangan memandu kereta dengan laju! Obviously la kan, kalau tekan minyak sampai berdiri, harus minyak tu tumbang cepat! So, bawak ikut hadlaju yang ditetapkan ya. Don't drive too slow, don't drive too fast!

3. Off aircond bila menunggu dalam kereta. Yang ni simple. Kalau uollss nak tunggu member yang memang kaki tak punctual ni, baik off aircond, off enjin. Membazir uolls! Tunggu kat petrol pump yang ada 7-eleven atau kedai. Masuk dalam, rasa aircond kat dalam 7-eleven tu je. Kawan tu memang confirm lambat! Dahla bazir masa tunggu dia, jadi jangan bazir minyak k.

4. Seeloknya kalau nak travel jauh, jangan drive waktu siang. Ni pun mungkin ada kaitan dengan yang first tadi tu. minyak senang meruap. travel la waktu malam atau awal pagi. Ye la, kalau petang kang jem la pulak kan! kalau drive malam, jangan lewat sangat pulak & paling penting minum Mineral Coffee, so uolls boleh stay cergas dan terang bijik mata tu!

5. Tolong servis kereta bila sampai waktunya. Ni pun penting. Bila kereta tak servis, minyak memang makan banyak sebab minyak digunakan lebih untuk menggerakkan jentera korang tu. jangan lokek nak servis kereta tau.. Melainkan memang nak buat kereta tu, kereta basahan atau korang memang bole keluar cash untuk beli kereta sebijik!

6. Kurangkan beban dalam kereta. Ok. Yang ni jangan salah anggap tau! Hehehe katakanla makwe or isteri korang jenis chubby2 comel, jangan pulak disuruh keluar kereta! Kejam ok! Maksudnya disini, apa-apa barang yang tak diperlukan dalam kereta tu, silalah letak dalam rumah. Contoh botol2 air yang bukan korang pakai pun, hanger la, kasut la, baju la, benda ni semua letak kat rumah. Kemas kereta tu kasi bersih-sebersihnya. Kan best, kereta bersih, ringan sikit, minyak pun boleh jimat. :-)

7. Lastly, isi minyak penuh terus. Yang ni elly nak terangkan, elly pun tak tau nak cakap macam mana. Tapi, based on eksperimen yang elly buat memang betul. Kalau korang isi minyak sikit2, cepat habis. Contoh, isi rm20. Pergi balik kerja, pastu singgah kedai, singgah pejabat pos, singgah pergi makan, jumpa kawan ke, satu hari da kelip2 da lampu minyak tu. esok isi lagi rm20. Benda sama jadi lagi. Tapi kalau isi rm50, setidak-tidaknya boleh tahan 4 hari! Kalau isi rm20 sehari, kalau 4 hari da rm80. Hahhh nampak tak matematiknya kat situ?

Ok, ni je la setakat ni yang elly tau, yang elly dengar cakap dari orang2 yang tau pasal kereta. So far, elly praktikkan, memang nampak hasilnya. Mungkin korang bole cuba jugak!

Hehe selamat mencuba! Kalau ada apa-apa suggestion atau nak tambah2 yang kurang, maybe korang boleh comment or email elly k!


Salam manis,
Ellyana Isa






- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...